THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

SISTEM RUMAH -ISIS-

Tuesday, April 20, 2010

Bestari ICt

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas 2010

Pada 19 April 2010,SMSSI telah melantik beberapa orang pengawas baru di Dewan Sri Integrasi.Majlis ini bertujuan untuk melantik dan merasmikan pengawas-pengawas baru di SMSSI

Sila lihat Gambar di Gallery

Anugerah Cemerlang 2010





Anugerah Cemerlang 2010

pada 17 April 2010 Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar telah mengadakan majlis Anugerah Cemerlah bagi pelajar tahun 2009.Pelajar-pelajar cemerlang SPM turut meyertai majlis ini.Sekolah kami telah mempersembahkan nasyid dan zapin bagi memeriahkan majlis.Pelajar-pelajar dari UiTM datang untuk membuat pameran pelan sekolah kami.Majlis berakhir pada pukul 12.00

Sila lihat gambar di Galerry

Thursday, April 15, 2010

Program Bestari Ict



Pada 24 Mac 2010, Kelab ICT Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar telah mengikuti Program Bestari ICT yang dianjurkan oleh Badan Muafakat Fasilitator SchoolNet Daerah Mersing. Program yang disertai oleh 15 orang pelajar ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan dunia blog.
Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya istilah blog ialah singkatan untuk perkataan web log. Kebanyakan blog digunakan untuk memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, contohnya makanan, politik, atau berita tempatan. Ada juga sesetengah orang yang menggunakan blog sebagai online diary.
Dalam program ini, para peserta di beri pendedahan asas dalam membuat blog. Program ini dibimbing oleh 10 orang FS dari daerah Mersing.
Program yang berlangsung selama 2 jam itu telah membuka mata para peserta mengenai dunia blog. Diharap pada masa hadapan, lebih banyak lagi program seperti ini di anjurkan oleh pihak sekolah supaya pelajar akan lebih peka mengenai perkembangan semasa.
Sila Ke galerry untuk Melihat Gambar