THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

SISTEM RUMAH -ISIS-

Monday, March 29, 2010

Sejarah SEkolah










Salah satu sekolah yang berstatus SBP. Maka, semua pelajarnya tinggal di asrama =). Sesiapa berhasrat untuk lanjutkan pelajaran di sini, kena ada mind setting untuk tinggal di asrama juga lah ye.Sekolah ini baru sahaja mula ditubuhkan pada tahun 2003. JIka dikira-kira, batch pertama yang sudah ‘graduate’,dan yang ambil kursus perubatan di Timur Tengah, sudah masuk tahun ketiga pengajian dah.
Sekolah ini secara ringkasnya terletak di daerah Mersing, Johor. Lokasinya strategic, di atas bukit, berhampiran dengan pantai (banyak pantai di Mersing sebenarnya). Jadi, anda dapat bayangkan betapa best dan harmoninya suasana sekolah ini kan? Dan yang lebih menarik, kalau mahu anjurkan apa-apa jamuan mahupun barbeku, mudah sahaja ; anjurkan di tepi pantai =)

SBPI Mersing sebenarnya adalah nama lama. Nama yang baru adalah Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar. Sekolah yang mempunyai reputasi yang baik, maka Tuanku Sultan Johor pun berkenanlah untuk menamakan sekolah ini dengan namanya sendiri. Namun, sewaktu pertabalan nama baru itu, yang datang mencemar duli adalah Tuanku Mahkota Johor (yang terkenal dengan ‘Kembara Mahkota Johor’ saban tahun tu)

Sejarah pembinaan SBPI Mersing ini pun menarik untuk dikongsi. Tujuan asal sekolah ini dibina adalah untuk dijadikan sebuah sekolah Agama. Dengan nama Sekolah Agama Sri Pantai. Jika dilihat tiang-tiang elektrik sekolah, semuanya ditulis dengan nama sekolah agama tersebut. Makanya, kesemua pelajar di sini adalah terdiri daripada bangsa Melayu (ada sesetengah SBP yang berbilang kaum). Dan bi’ah (suasana) Islam itu memang terserlah. Tambahan pula, semua pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai tudung labuh ke sekolah. Kebanyakan pelajar adalah juga bergelar penduduk Johor Darul Takzim.

Motto sekolah pula adalah ‘Sepakat, Bestari, Progresif, Inovatif’ (SBPI adalah akronimnya)

Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Kalau nak masuk masa form 1, UPSR mesti dengan keputusan cemerlang, 5A. Aliran-aliran yang ditawarkan, bagi tingkatan 1 hingga 3,seperti sukatan KBSM di sekolah lain juga, Cuma ditambah subjek bahasa(pilihan) sama ada bahasa Perancis, bahasa Jepun,ataupun bahasa Mandarin. Kesemua pelajar di SBPIM ini adalah melayu, makanya, subjek Bahasa Arab Komunikasi adalah wajib bagi semua pelajar tingkatan 1 hingga 3. Aliran yang ditawarkan bagi Menengah Atas pula adalah sama ada sains agama, sains tulen, ataupun sains teknikal.

Dari segi fasiliti, dah nama pun sebuah SBP yang baru ditubuhkan, maka,landskap sekolah memang sangat cantik, ditambah dengan fasiliti dan kemudahan yang baru, selesa untuk kegunaan semua pelajar. Terdapat 2 gelanggang basketball, 1 gelanggang squasy, 1 gelanggang takraw (dengan tambahan kepada padang sekolah pastinya).

Sistem rumah sukan juga sangat dititikberatkan. Dari segi disiplin,sahsiah, keceriaan, kebersihan,akademik dan ko-kurikulum,semuanya akan dihitung mengikut rumah sukan masing-masing. System ini sebenarnya banyak di gunapakai di mana-mana sekolah (seperti Hogwarts dalam siri Harry Porter lah) namun ia adalah satu system yang wajib bagi semua Sekolah Berasrama Penuh. Satu system yang mampu mewujudkan persaingan sihat antara pelajar. Pengawas sekolah pula ada pembahagian yang khas; pengawas sekolah dan pengawas asrama.SBPI Mersing juga pernah menjadi tuan rumah bagi Hari Kecemerlangan SBP Zon Selatan, tahun 2006 dan 2009.

Carta Organisasi

Nama : Hj Idris B. Ahmad
Jawatan : Pengetua Cemerlang







Nama : Hj Maon B. Marsini
Jawatan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran







Nama : Cik Hjh Safiah Bt Awang
Jawatan : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)








Nama : Pn Hjh Hjh Khatijah Bt Awang
Jawatan : Ketua Bidang Sains Kemanusiaan








Nama :Pn Hjh Fazidah Bt A. Sani
Jawatan : Ketua Bidang Sains & Matematik







Nama : Pn Hjh Amnah Bt Sani
Jawatan : Ketua Bidang Bahasa







Nama : Pn Saadah Bt Abd Majid
Jawatan : Ketua Bidang Teknik & Vokasional

Friday, March 26, 2010

Jogjakarta




Lokasi Sekolah